Sunday, March 13, 2011

Mari islamkan diri

 Sumber : http://www.iluvislam.com/design/e-kad/1848-sayangkan-islam.html

Kalau ada di langit dan di bumi  tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya.  Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan):

Maha Suci Allah, Tuhan  yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan.
(Surah Al-Anbiya' 21: Ayat 22)

Saya Mestilah Islam Dari Segala Sudut 

1. Saya mestilah Islam dari Sudut Aqidah

Berpegang dengan akidah yang  benar lagi murni adalah syarat pertama bagi seseorang mengaku dirinya beragama  Islam dan menjadikan Islam sebagai cara hidupnya. Pegangan tersebut mestilah  selari dengan apa yang terkandung di dalam Kitabullah (Al-Quran) dan sunnah  Rasulullah s.a.w. Ia mestilah beriman dengan apa yang telah diimani oleh  orang-orang Islam terdahulu yang terdiri dari angkatan Salafus-Saleh serta para  Imam penyampai agama ini yang telah diakui kebaikan, kebaktian serta ketakwaan  mereka. Mereka ini mempunyai kefahaman yang mendalam lagi bersih dalam urusan  agama.

2. Saya mestilah Islam dari Sudut Ibadah

Ibadah di dalam Islam merupakan kemuncak  bagi sifat kepatuhan dan kerendahan kepada Allah dan ia juga adalah kemuncak  betapa ia merasai keagungan Tuhan yang disembah. Ia menjadi anak tangga  pertatehan di antara si hamba dengan Tuhannya. Ibadah ini juga memberi kesan  yang mendalam di dalam perhubungan manusia dengan makhluk lainnya. Begitu juga dengan  ibadah-ibadah dalam rukun Islam seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji serta  amalan-amalan lainnya yang dilaksanakan untuk mendapat keredaan Ilahi dan dalam  mengamalkan Syariat-Nya adalah termasuk dalam pengertian 'ibadah. Bertitik tolak  dari pengertian inilah Islam menetapkan supaya seluruh hidup manusia dipelihara  agar menjadi 'ibadah dan taat kepada Allah s.w.t

3. Saya mestilah Islam dari Sudut Akhlak

Kemuliaan akhlak adalah  matlamat utama bagi ajaran Islam sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah  s.a.w tentang tujuan pengutusan baginda:

Yang  bermaksud: "Sesungguhnya aku  diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak".

1. Menjauhkan diri dari  perkara-perkara syubhat. 2. Memelihara  pandangan. 3. Memelihara  lidah. 4. Bersifat  pemalu. 5. Sersifat  lemah-lembut. 6. Bersifat  benar. 7. Bersifat  tawaduk. 8. Menjauhi sangka buruk dan  mengumpat. 9. Bermurah hati.


4. Saya mestilah Islam terhadap Keluarga

Sebenarnya apabila saya  telah menganut agama Islam, saya wajib menjadi seorang pendukung risalah ini di  dalam kehidupan bahkan saya wajib menjadikan seluruh kehidupan saya mematuhi  segala arahan risalah ini.Maka  apabila anutan saya terhadap Islam mewajibkan saya menjadi Muslim di dalam sudut  kejiwaan, akidah, ibadah dan akhlak maka kewajipan yang sama juga menuntut saya  berusaha menjadikan masyarakat yang saya hidup di dalamnya sebagai masyakat  muslim.

5. Saya mestilah dapat menguasai diri dari sudut Islam

Sebenarnya apabila saya  telah menganut agama Islam, saya wajib menjadi seorang pendukung risalah ini di  dalam kehidupan bahkan saya wajib menjadikan seluruh kehidupan saya mematuhi  segala arahan risalah ini. Maka  apabila anutan saya terhadap Islam mewajibkan saya menjadi Muslim di dalam sudut  kejiwaan, akidah, ibadah dan akhlak maka kewajipan yang sama juga menuntut saya  berusaha menjadikan masyarakat yang saya hidup di dalamnya sebagai masyakat  muslim.

6. Saya wajib meyakini bawah masa depan adalah untuk Islam

Sebenarnya apabila saya  telah menganut agama Islam, saya wajib menjadi seorang pendukung risalah ini di  dalam kehidupan bahkan saya wajib menjadikan seluruh kehidupan saya mematuhi  segala arahan risalah ini. Maka  apabila anutan saya terhadap Islam mewajibkan saya menjadi Muslim di dalam sudut  kejiwaan, akidah, ibadah dan akhlak maka kewajipan yang sama juga menuntut saya  berusaha menjadikan masyarakat yang saya hidup di dalamnya sebagai masyakat  muslim.

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا  خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ فَتَعَالَى اللَّهُ  الْمَلِكُ الْحَقُّ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ الْعَرْشِ  الْكَرِيمِ
Maka adakah  patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada)  sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula)  tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah  Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan  Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia.
(Surah Al-Mu'minun 23: Ayat 115-116)

No comments:

Post a Comment