Wednesday, March 30, 2011

Hassan Al Banna


Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan jasa yang ditaburkan. Inilah yang dapat diperkatakan mengenai keperibadian tokoh pada kali ini iaitu As-Syahid Imam Hassan Al Banna. Walaupun telah 54 tahun Almarhum meninggalkan kita semua, namun perjuangan dan kegigihannya dalam menegakkan kembali Islam di bumi Mesir tetap kukuh bersemadi dalam hati sanubari masyarakat Islam hingga ke hari ini.Tanggal 12 Februari 1949 meninggalkan sejarah hitam dan pilu bagi masyarakat Islam khususnya pejuang-pejuang agama. Pada tarikh itu dunia Islam kehilangan seorang ulama dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan kegemilangan Islam ke kemuncaknya. Pemergiannya yang tidak diduga merupakan suatu pembunuhan kejam hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang berselindung di sebalik Raja Farok, pemerintah Mesir pada ketika itu.Imam Hassan Al-Banna telah dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiya yang terletak di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal dari sebuah keluarga ulama yang dihormati dan terkenal kerana begitu kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam. Mujahid Islam ini dibesarkan dalam suasana keluarga yang merendah diri dan hidup dalam keadaan yang serba sederhana.Hassan al-Banna merupakan anak sulung daripada lima beradik. Ayahnya, Syeikh Ahmad ibn 'Abd al-Rahman al-Banna adalah seorang ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah kitab hadis dan fikah perundangan Islam, yang berkelulusan dari Universiti Al Azhar Mesir. Beliau dikenali sebagai seorang yang bersopan santun, pemurah, merendah diri dan tingkah laku yang menarik. Namun beliau hanya bekerja sebagai pembaik jam di desa al-Mahmudiya untuk menyara keluarganya. Masa yang selebihnya digunakan untuk mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al-Quran dan hadis kepada penduduk tempatan.Sebagai seorang ulama, Sheikh Ahmed Abdurahman al Banna mempunyai perpustakaan yang agak besar di rumahnya. Beliau menghabiskan sebahagian masanya mempelajari Sunnah Rasulullah dan membincangkannya dengan rakanrakan di kedai dan di rumah. Hassan al-Banna juga sering menghadiri dan mengambil bahagian dalam perbincangan tersebut. Pertemuan ini memberi kesan yang mendalam kepada pemikiran, wawasan dan yang penting perwatakannya. Ketokohan, keilmuan dan keperibadian Syeikh Ahmad al-Banna diwarisi oleh Hassan al-Banna.Sifat kepimpinan Hassan al-Banna terserlah sejak beliau masih di sekolah rendah. Beliau menjadi pemimpin Badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyah. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudiannya memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwan Muslimin.Keluarga Hassan Al Banna begitu tegas dalam mendidik anak-anak berdasarkan ajaran Islam. Hal ini menyebabkan beliau telah menghafaz Quran dalam usia yang begitu muda dan telah memasuki Pusat Latihan Perguruan. Selepas tiga tahun di sana beliau mendapat tempat pertama dalam peperiksaan akhir. Beliau telah memasuki Darul Ulum di Kaherah pada awal usia 16 tahun kerana kebijaksanaan dan ilmu pengetahuannya yang luas.Semasa di Kaherah, Hassan al-Banna terdedah dengan pergolakan parti politik dan aliran-aliran menentang Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Ataturk. Parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular kebanyakannya bertujuan melemahkan pengaruh Islam. Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jamaíatul Makram al-Akhlaq yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hassan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat perhimpunan orang ramai. Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.Pada Mac 1928, dalam usia 23 tahun, Hassan al-Banna beserta adik dan lima orang sahabatnya berkumpul di rumahnya dan bersumpah untuk hidup dan mati kerana Islam Di rumah itu Jemaah Ikhwan Muslimin telah ditubuhkan. Pada ketika itu beliau baru mendapat ijazah dari Darul Ulum serta berkhidmat sebagai guru bahasa Arab di salah sebuah sekolah di bandar Ismailiyah.Ketika ditanya mengapa beliau melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah, Hassan al-Banna dengan tegas menjawab,"Hanya Allah yang tahu berapa malam kita menghabiskan masa untuk memikirkan masalah ummah, pada peringkat mana mereka telah melaluinya dan kesakitan dan keperitan yang telah mereka lalui. Dan kita merenung sumpahan yang dikenakan atas kesakitan yang dilalui oleh Ummah. Kesukaran dan kepahitan yang dilalui oleh mereka mungkin berakhir dengan munajat dari kita semua."Setelah berkhidmat selama 19 tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah yang berkesan dalam masyarakat di bandar. Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwan Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh.Di dalam buku "Letter To A Muslim Student" (FOSIS,1995) kedinamikan Ikhwan Muslimin dijelaskan: Pencapaian Hassan al-Banna yang paling membanggakan ialah kemampuannya membangunkan organisasi yang canggih dan berjaya menterjemahkan wawasannya dalam kehidupan sebenar. Ikhwan bukan sekadar pertubuhan yang berasaskan sosial, politik atau kumpulan agama tetapi lebih dari itu.Menurut Dr. Muhammad Kamal Khalifah, Pensyarah di Universiti Cairo melalui mukadimah buku Ikhwan Muslimin Dan Masyarakat Mesir, kemunculan Hassan Al-Banna yang mendapat inspirasi dari Jamaluddin Al-Afghani dan Muhammad Abduh, serta menjalani aliran rakyat melahirkan golongan mukmin yang sebenar-benarnya melalui pengajian dan pembelajaran untuk menyebarkan akidah yang sahih, kefahaman yang betul dan menyeluruh tentang Islam dan sistemnya. Beliau berjuang bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita tersebut. Usaha beliau ini amat dikagumi masyarakat Mesir sehingga Islam kembali kepada kedudukan yang sewajarnya dalam masyarakat.Dalam usia yang muda, Hassan al-Banna dikagumi kerana penyampaiannya yang jelas dan terang apabila menyampaikan khutbah di masjid. Beliau dapat meyakinkan para pendengar dengan kebenaran yang dibawa, matlamat dan keikhlasannya. Beliau mampu meyakinkan golongan intelektual dan orang biasa.Berdasarkan kepimpinannya, Hassan al-Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad, seterusnya melaksanakan cita-cita perjuangan dengan tegas.Ikhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas Perang Dunia Kedua apabila pertubuhan ini turut bertanding dalam perebutan kuasa politik. Para penentangnya menyifatkan Ikhwan Muslimin sebagai negara di dalam negara. Sehingga tahun 1934, Ikhwan telah menubuhkan lebih 50 cawangannya di Mesir. Pertubuhan ini telah menubuhkan beberapa buah sekolah, masjid dan kilang. Pada penghujung Perang Dunia Kedua, Ikhwan mempunyai lebih setengah juta pekerja yang aktif dan setengah juta penyokong (sesetengah sumber menyebut sekitar 3 juta). Lebih 3000 cawangan kesemuanya telah wujud di Mesir dan 50 di Sudan hasil kerja Ikhwan yang melangkaui batas negara.Dalam satu jawapan yang diberikan oleh wartawan barat terhadap dirinya yang bertanyakan siapakah dia, Hassan Al Banna menjawab, saya adalah pelancong yang mencari kebenaran, dan insan yang mencari erti kemanusiaan di kalangan manusia, dan warganegara yang inginkan kemuliaan, kebebasan, kestabilan, hidup yang baik untuk negara dan berjuang untuk menaikkan Islam.Malah, kerajaan British telah menjemput Hassan al-Banna ke kedutaan mereka untuk minum teh. Beliau dipuji kerana perwatakannya yang baik, kerja-kerja kebajikannya untuk membantu anak-anak yatim dan janda. Malah pegawai atasan British menjelaskan bahawa dunia sangat fragile dan Mesir perlu dibangunkan sebagai negara yang moden dan makmur.Pengaruh Ikhwan Muslimin yang kuat amat dikhuatiri oleh Kerajaan Mesir di bawah Noqrashi Pasha dari Parti al-Saídi. Pada 8 November 1948 beliau telah mengharamkan Ikhwan Muslimin atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sumbangan Ikhwan Muslimin menghantar beribu-ribu orang pejuang dalam perang menghadapi Israel seolah-olah dinafikan. Kesemua cawangannya yang berjumlah lebih 3000 diarahkan supaya dibubarkan. Sekiranya masih beroperasi, mereka akan dikira sebagai pertubuhan haram, pelampau dan pengganas. Unit-unit tentera Mesir dan tentera Ikhwan Muslimin yang berjuang di Palestine dipanggil balik. Berbagai-bagai tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadap Ikhwan Muslimin. Anggota-anggotanya ditangkap, dimasukkan ke dalam penjara, diseksa dengan teruk, malah ada yang dibunuh. Apabila seorang wartawan bertanyakan Hassan al-Banna tentang pengharaman itu, beliau menjawab, "apabila kata-kata diharamkan, maka tanganlah yang akan menggerakkannya."Begitu mendalam kata-katanya.Tidak lama kemudian Perdana Menteri Mesir telah dibunuh dan Gerakan Ikhwan telah dipersalahkan atas kejadian itu. Pada bulan yang berikutnya harta benda pergerakan itu telah dirampas dan beribu-ribu orang beliau telah disumbatkan ke dalam penjara. Dengan alasan untuk mengendurkan (mengurangkan) ketegangan (konflik) antara Ikhwan Muslimin dan kerajaan, pihak kerajaan menjemput Hasan al-Banna untuk berunding bertempat di Pejabat Jam'iyyah al-Syubban al-Muslimin. Sebenarnya jemputan itu hanyalah sebagai helah untuk membunuh beliau.Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang, Hasan al-Banna bersama iparnya Abdul Karim Mansur, seorang peguam, suami kepada adik perempuannya berada di pejabat tersebut. Mereka menunggu Menteri Zaki Ali Basya yang dikatakan mewakili kerajaan untuk berunding, tetapi malangnya Zaki Ali Basya tidak kunjung tiba.Akhirnya setelah selesai menunaikan solat Isyak mereka memanggil teksi untuk pulang. Ketika baru sahaja menaiki teksi yang dipanggil, dua orang yang tidak dikenali menerpa ke arah teksi dan salah seorang daripada mereka terus melepaskan tembakan pistol. Mereka berdua mereka terkena tembakan itu. Iparnya itu tidak dapat bergerak akibat terkena tembakan tersebut. Walaupun terkena tujuh tembakan, Hasan al-Banna masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat Jam'iyyah al-Syubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk membawa mereka ke hospital. Setibanya di hospital Qasral 'Aini, mereka dikawal rapi oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar dan tidak membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada Hasan al-Banna. Pada pukul 12.50 tengah malam, Hasan al-Banna menghembuskan nafas yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak.Pada pukul satu pagi pihak polis menyampaikan berita kematian kepada ayah Hasan al-Banna dengan dua pilihan: Pihak polis akan menghantarkan jenazah ke rumahnya untuk beliau menjalankan urusan pengebumian pada jam sembilan pagi tanpa sebarang perhimpunan. Jika tidak menerima tawaran pertama itu, pihak polis sendiri terpaksa membawa jenazah dari hospital ke kubur tanpa beliau melihat jenazah anaknya itu.Ayah Hasan al-Banna menerima pilihan yang pertama. Sebelum fajar menyingsing, jenazah as-Syahid dibawa ke rumahnya di Hilmiah al-Jadid dengan sebuah kereta yang dikawal rapi oleh polis yang lengkap bersenjata. Di sekitar rumahnya juga terdapat polis dan tentera berkawal dengan rapi. Mereka tidak membenarkan sesiapa pun menghampiri kawasan tersebut. Jenazah Almarhum dibawa masuk ke rumahnya secara tidak ada orang yang melihatnya dan tidak ada yang mengetahui masa ketibaannya.Sheikh Ahmad Abdur Rahman, ayah Hasan al-Banna yang sudah berusia lebih 90 tahun itu dengan penuh kesabaran memandikan dan mengapankan jenazah anaknya yang baru berusia 43 tahun itu seorang diri. Setelah diletakkan ke atas pengusung, beliau memohon pihak polis mencari beberapa orang untuk mengusungnya. Tetapi pihak polis menjawab, biarkanlah orang-orang perempuan tolong mengusungnya.Polis tidak membenarkan sesiapa datang ke rumah tersebut untuk mengucapkan takziah dan tidak dibenarkan membaca al-Quran. Ayah Hasan al-Banna tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Beliau dengan tiga orang perempuan terpaksa mengusung anaknya itu menuju ke Masjid al-Qaisun untuk disembahyangkan. Pihak polis lebih dahulu telah pergi ke masjid memerintah orang-orang yang ada di situ supaya meninggalkan masjid. Sheikh Ahmad seorang diri menunaikan solat jenazah ke atas anaknya itu. Kemudian mereka meneruskan pengusungannya menuju ke perkuburan untuk disemadikan jenazah Almarhum. Pada waktu itu usia Hassan Al Banna baru mencecah 43 tahun. Anak bongsunya telah dilahirkan pada hari yang sama. Isteri Hassan Al Banna menamakannya "Esteshhaad" yang bermaksud syahid.Pembunuhan Hassan al-Banna adalah satu perancangan pihak istana dengan arahan Raja Farouk dan Perdana Menterinya Ibrahim Abdul Hadi. Sebab itulah tidak ada sebarang tindakan ke atas penjenayah dan orang yang terlibat. Kes pembunuhan ini walaupun telah dibawa ke mahkamah beberapa kali, tetapi telah ditangguhkan. Pertama kali dibawa pada masa pemerintahan Perdana Menteri Ibrahim Abdul Hadi. Kedua, pada masa pemerintahan Perdana Menteri Husin Sari. Ketiga, pada zaman pemerintahan Perdana Menteri Mustafa al-Nahhas Basya.Pada 23 Julai 1952 satu revolusi telah tercetus. Raja Farouk terpaksa turun dari singgahsananya. Berikutan itu, kes ini dibuka semula. Penjenayah ditangkap dan pada 2 Ogos 1954, Koperal Ahmad Husin Jad dikenakan hukuman penjara seumur hidup dengan kerja berat. Pemandu kereta, Sarjan-Major Muhammad Mahfuz Muhammad dikenakan hukuman penjara 15 tahun dengan kerja berat. Major Muhammad al-Jazzar dikenakan hukuman satu tahun penjara dengan kerja berat.Sejak pembunuhan terhadap Hassan al-Banna, ramai pendukung Ikhwan Muslimin yang telah ditindas dan dizalimi. Namun tindakan-tindakan tersebut menyebabkan pertubuhan itu bukan sahaja semakin bertambah kuat di Mesir, malah telah mengembangkan sayapnya di negara-negara Arab. Kebangkitan Islam yang berlaku di negara Arab pada hari ini sebenarnya secara tidak langsung bertitik tolak dari Gerakan Ikhwan Muslimin.Tegasnya, Hasan al-Banna merupakan seorang pejuang yang gigih dan berani, berjaya menyedarkan masyarakat dengan fikrah dan pendekatan barunya dalam gerakan dakwah dan manhaj tarbiahnya yang syumul. Walaupun beliau telah pergi menemui Ilahi, namun fikiran dan gerak kerjanya masih menjadi rujukan dan pegangan pejuang-pejuang dan harakah Islamiah pada hari ini.

Sunday, March 27, 2011

Pohon di Penuhi sarang Labah2


DUA batang pokok dipenuhi dengan sarang labah-labah di wilayah Sindh, Pakistan.
KARACHI, Pakistan 28 Mac 11: Sejumlah pokok di wilayah Sindh dekat sini dipenuhi dengan sarang labah-labah sehingga menghasilkan satu pemandangan yang menyeramkan, lapor sebuah akhbar semalam.
Walaupun kejadian banjir melanda Pakistan tahun lepas tetapi terdapat air yang masih lagi tidak surut sepenuhnya menyebabkan banyak serangga kecil menjadikan pokok sebagai tempat tinggal.
Menurut penduduk tempatan, mereka tidak pernah melihat fenomena tersebut berlaku sebelum ini tetapi sarang labah-labah itu telah berjaya mengurangkan populasi nyamuk.
Sebahagian besar kawasan bencana yang melanda Pakistan masih lagi belum surut selepas enam bulan hujan lebat melanda negara itu.
Fenomena pokok yang menggerunkan itu pula adalah kesan terbaru akibat banjir besar yang telah menyebabkan 2,000 orang terbunuh. - Agensi

Barang mahal

Sumber Asal : http://detomeybuff.blogspot.com/








di kedai ini takde jualan murah harap maklum




assalamualaikum


melihat kepada gambar di atas ni, pasti pembaca tertanya-tanya, sale apa kejadahnya aku tengah berbuat di dalam blog aku ini? tak pernah-pernah pun aku buat sale tiba-tiba hari ni mau buat sale apa motif? adakah aku telah berubah haluan ingin menjadi seorang bussinesswoman pula lepas ni? tidak tidak tidak aku masih seorang pencinta senibina aku tak boleh hidup tanpa beliau. tak kira apa yang berlaku aku tetap harus wajib mesti teruskan walaupun sehingga ke titisan peluh darah yang terakhir sebab apa-apa saja yang aku dah mulakan mesti harus perlu aku buat sampai habis. tak boleh tak habis itu prinsip aku.



sebenarnya aku nak share sedikit satu artikel yang baca semasa aku leka berjalan-jalan melihat blog orang. itulah kerja aku dah tahu membuang masa tapi tetap juga gigih berbuat begitu. kadang-kadang boleh pula sampai sehari suntuk aku berjalan blog sudahnya semua kerja langsung tak berjalan dan semakin berlonggok-longgok. berbalik kepada artikel yang aku nak share tadi ceritanya simple saja boleh kata kita pun selalu dok buat kot dalam kita tak sedar tetapi ni lah senjata musuh yang paling ampuh untuk menewaskan kita. langsung tak pakai pedang, meriam, or senjata yang cangih-manggih macam  bom atom macam yang pernah jadi kat Hirosyima dan Nagasaki masa perang dunia kedua dulu tetapi tetap kita kalah jugak dengan si musuh durjana ini.



_________________________ 






ini dia si musuh durjana paling wanted di seluruh pelusuk alam

Pada suatu ketika, iblis mengiklankan bahawa ia akan membuat jualan murah perkakas-perkakas kerjanya. Pada hari tersebut seluruh perkakasnya dipamer untuk dilihat calon pembelinya lengkap dgn harga jualannya. Seperti kalau kita masuk kedai hardware barang yang dijual sungguh menarik dan semua barang kelihatan sangat berguna sesuai fungsinya dan harganya pun tak mahal.
Barang yang dijual antara lain: dengki, iri hati, tidak jujur, tak tahu terima kasih, malas, dendam, dan lain-lain.


Di suatu sudut display ada suatu perkakas yang bentuknya sederhana sudah agak buruk tetapi harganya amat tinggi bahkan jauh lebih tinggi di bandingkan yang lain.


Salah satu calon pembeli bertanya; "ini alat apa namanya?


Iblis menjawab; "itu namanya PUTUS ASA"



"Kenapa harganya mahal sekali, padahal sudah buruk?"



"Ya, kerana perkakas ini sangat mudah dipakai dan berdaya guna tinggi. Saya dengan mudah masuk ke dalam hati manusia dengan alat ini dibandingkan dgn alat lain . Begitu saya berhasil masuk kedalam hati manusia saya dengan sangat mudah melakukan apa saja yg saya inginkan terhadap manusia, termasuk menjual semua barang jualan saya yang lain. Barang ini menjadi buruk kerana saya sering menggunakan kepada hampir semua orang kerana kebanyakkan manusia tidak tahu kalau putus asa itu milik saya."



Serahkan hidupmu pada ALLAH ,biarlah DIA saja yang ada di dalam hatimu kerana bersamanya nescaya tidak akan kau ketemukan keputus asaan.

Saturday, March 26, 2011

Video Lucah dan Dosa Politik


Dalam budaya manusia tiada nilai agama dan tamadun berakhlak, isu keaiban peribadi dijadikan mainan golongan yang selekeh. Maka muncullah kisah seks dan skandal peribadi tokoh politik itu dan ini sebagai senjata beracun membunuh musuh politik masing-masing.

Dalam Islam, perbuatan mendedahkan keaiban peribadi sebagai senjata politik adalah perbuatan yang dilarang oleh Allah dan rasulNya. Ia haram. Hanya mereka yang jahil nas-nas agama sahaja yang menyangka itu adalah suruhan syarak. Malangnya praktik ini telah diamalkan oleh ramai tokoh dan penceramah politik sejak dahulu lagi di negara kita ini.

Samada PAS, UMNO dan PKR; ramai individu dalam parti-parti itu telah terbabit dalam perkara yang diharamkan oleh syarak ini. Tuduhan seks, arak, kaki judi dan seumpamanya sudah menjadi ringan di lidah mereka. Bahkan kadang-kala mereka menghina rupa ciptaan Allah yang ada musuh-musuh politik mereka seperti mengatakan si botak, gagap, hidung besar, mamak dan lain-lain. Mereka melanggar pantang larang agama dalam berpolitik.
Wabak inilah sedang memakan diri mereka sendiri. Mereka yang tiada etika dan akhlak telah dan akan terus terbabit dalam hal ini. Sedangkan Nabi s.a.w
“Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat” (Riwayat Muslim).
video.jpg
- Gambar Hiasan
 Aib Peribadi
Islam melarang didedahkan aib peribadi yang tidak membabitkan kezaliman terhadap orang lain. Aib peribadi seperti zina, minum arak, berjudi dan seumpamanya hendaklah ditutup semampu mungkin. Jika hendak didakwa, hendaklah di mahkamah dan bukan untuk tontonan orang ramai. Pun begitu, Islam mengetatkan syarat saksi dan proses penyaksian.
Bagi kes zina, jika gagal dipenuhi syarat, penuduh boleh dijatuhkan hukuman qazaf. Tujuannya, untuk mengelakkan perangai suka menuduh dan mendedahkan aib peribadi orang lain. Sebab itu penzina dihukum 100 sebatan dan yang menuduh tanpa empat orang saksi 80 sebatan. Angka yang hampir bagi menunjukkan kesalahan menuduh tanpa empat orang saksi –sekalipun mungkin benar- adalah berat di sisi agama.
Firman Allah(maksudnya):
“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik. (Surah al-Nur: ayat 4).
Nabi s.a.w sendiri mengelakkan agar aib itu didedahkan, bahkan disuruh bertaubat secara sendirian; dengan solat dan istighfar. Dalam riwayat Muslim, seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berkata:
“Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu. Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya: “Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”. Nabi s.a.w tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi s.a.w menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya) “Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah Yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang Yang mahu beringat” (Surah Hud ayat 114). Maka ada seorang bertanya: “Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah? Jawab Nabi s.a.w: “Bahkan untuk manusia keseluruhannya”.
Bukan Bukti Asas
Rakaman video bagi kes maksiat peribadi tidak boleh dijadikan asas bukti. Bagi kes zina hendaklah dengan empat orang saksi. Tiada keperluan untuk pencarian bukti sampingan. Itu soal dosa insan dengan Allah bukan dengan orang lain. Jika ia terlepas, mahkamah Allah di mahsyar tetap ada, atau mungkin dia bertaubat. Tiada pihak yang rugi atau untung melainkan dirinya sendiri.
Kata Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai usaha mencegah kemungkaran:
“Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintipnya atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemunkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis “barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya….”
Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemunkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemunkaran dari orang lain. Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya. Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat. Hisab ini bukan menjadi wewenang seseorang di dunia. Sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya.
Bahkan hukuman ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya sebagaimana yang disebutkan dalam hadith sahih: (bermaksud):”Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Justeru, tiada seorang pun mempunyai wewenang untuk menjatuhkan hukuman terhadap kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan secara sembunyian. (Al-Qaradawi, Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam, m.s. 124, Kaherah: Dar al-Syuruq).
Berbeza Dengan Kes Kezaliman
Ia berbeza dengan kes jenayah terhadap lain seperti bunuh, curi, rompak, rogol, diliwat secara paksa, rasuah dan seumpamanya. Kes-kes ini perlu dibongkar dan diambil tindakan demi keadilan terhadap mangsa. Rakaman dalam kes-kes ini perlu diusahakan. Islam mengizinkan, bahkan menyuruh didedahkan bahaya atau kezaliman yang dilakukan yang boleh memudaratkan orang ramai dan rakyat.
Jika ada perasuah, atau perompak, atau perogol maka hendaklah diberi amaran kepada orang yang mungkin menjadi mangsa. Itupun hendaklah atas asas bukti yang kukuh, bukan sekadar andaian. Demikian juga boleh mendedahkan kepada pihak yang berkaitan seperti hakim, pengundi dan orang awam tentang kezaliman yang boleh menimpa diri atau orang lain.
Firman Allah: (maksudnya)
“Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dizalimi, dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha mengetahui.Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Berkuasa”. (Surah al-Nisa: ayat 148-149).
Tidak Perlu Suruhanjaya
Tiada keperluan menubuhkan suruhanjaya khas bagi kes-kes maksiat peribadi. Ini hanya akan membazirkan harta rakyat. Al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H) dalam kitabnya Ihya ‘Ulum al-Din telah menyebut mengenai rukun-rukun perlaksanaan Hisbah. Hisbah bermaksud perlaksanaan al-Amr bi al-Ma’ruf (menyuruh kepada makruf) apabila ia nyata ditinggalkan, dan al-Nahy ‘An al-Munkar (pencegahan kemunkaran) apabila ia nyata dilakukan.
Rukun ketiga yang disebut oleh al-Imam al-Ghazali ialah:
“Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta’ala telah melarang hal ini. Kisah ‘Umar dan ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf mengenai perkara ini sangat masyhur. Kami telah menyebutnya dalam kitab Adab al-Suhbah (Adab-Adab Persahabatan).
Begitu juga apa yang diriwayatkan bahawa ‘Umar r.a. telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar. Lelaki tersebut telah membantah ‘Umar dan berkata: “Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakaiNya pada tiga perkara. ‘Umar bertanya: “Apa dia?”. Dia berkata: Allah ta’ala telah berfirman (maksudnya: Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain). Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman: (maksudnya: Masukilah rumah melalui pintu-pintunya). Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman: (maksudnya: janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya). Sesungguhnya engkau tidak memberi salam. Maka ‘Umar pun meninggalkannya…
Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut..”(Al-Ghazali, Ihya ‘Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair 1990).
Ingatan
Muslim hendaklah mengelakkan diri dari terlibat dalam kes-kes seperti ini. Ia menjadi pengajaran kepada semua parti politik. Manusia-manusia yang rendah nilai dan maruah sanggup untuk terbabit dalam hal seperti ini sejak lama dahulu. Mereka ini ada dalam UMNO, PKR dan PAS. Sedangkan Allah berfirman (maksudnya)
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Surah al-Hujurat: 12).
Bangkit Generasi Baru!
Marilah kita bermufaraqah atau meninggal segala pelakon atau watak yang selekeh dan rela menghalalkan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka. Tanpa mengira parti! Mereka mesti diusir dari pemainan bodoh ini. Kita tentang semua pelakon politik yang suka menyelak kain orang. Tak kira kerajaan atau pembangkang. Kita dijadikan ‘penonton bodoh’ yang seakan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakunkan. Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini!

Wednesday, March 23, 2011

jangan kahwini wanita ini

 Sumber : http://www.facebook.com/notes/sekolah-menengah-arab-assaiyidah-khadijah-merlimau/jangan-kahwini-perempuan-yang-ada-6-sifat-ini/206347752713856

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.

Tuesday, March 22, 2011

Rahsia bangsa Cina berjaya dalam perniagaan


Anda biasa mendengar orang cina berpersatuan bukan? Kemudian rajin juga mendengar cerita kawan-kawan ketika minum air sirap limau yang mengatakan orang cina ada tabung khas untuk membiayai orang mereka membuka perniagaan. Benarkah semua dakwaan ini?

Fakta Kira-Kira Logik

Sebuah perniagaan bukan perihal dua atau tiga ratus ringgit. Bayangkan berapa ramai orang cina yang hidup berniaga. Cukupkah duit tabung ini untuk membantu pembiayaan perniagaan semua orang-orang mereka?
Cina pun orang biasa macam kita. Mereka ada sifat kasih sayang, dengki, tamak dan tolong-menolong. Bezanya cuma bangsa mereka hidup dalam budaya berniaga sejak sekian lama. Itulah yang menjadikan bangsa ini mampu membentuk formula untuk bangsa secara praktikal.
Jadi kalau dikatakan semua orang cina dapat bantuan daripada persatuan untuk berniaga, itu satu tanggapan yang salah. Jadi jangan katakan orang cina boleh maju sebab bangsa mereka menolong segalanya. Hakikatnya ramai daripada mereka berusaha sendiri dan membentuk usahasama dalam kumpulan kecil berdasarkan formula-formula realistik dan praktikal yang dibudayakan.

Strategi Permodalan Dan Kerja Berkumpulan

Sebenarnya orang cina hidup dengan kaedah pengiraan dan perkiraan yang baik. Benar ada perniagaan orang cina yang bergerak dan dibantu dalam kumpulan namun ia bukan berkisar cerita tolong-menolong atas dasar bangsa semata-mata tetapi konsep memanfaatkan kumpulan tertentu serta membentuk organisasi yang praktikal. Anda masih keliru dan tidak faham? Teruskan bacaan ...
Orang cina tahu dalam perniagaan perlu ada modal, pengurus, pekerja dan berbagai lagi skop untuk menjadikan satu usaha itu berjaya. Dengan itu mereka membentuk persefahaman dan kerjasama dengan memanfaatkan individu yang mempunyai kelebihan-kelebihan dalam kumpulan tersebut.
Contohnya seorang yang berduit menjadi pemodal. Seorang yang berpengalaman mengurus dijadikan ketua projek. Seorang yang mahir dalam pemasaran diambil menjadi agen atau pemasar. Kesemua mereka ini dikumpul dan membentuk satu organisasi profesional dan fokus pada skop masing-masing. Sudahnya mereka mengurangkan banyak masalah berbanding sebuah syarikat yang terpaksa menghadapi masalah pekerja. Dalam konsep cina ini, mereka tiada pekerja dan semuanya tauke. Semua akan mendapat keuntungan dengan bekerja lebih kuat. Jadi amat sukar melihat mereka yang malas.

Benarkah Konsep Ini Berfungsi?

Biar saya menunjukkan satu ilustrasi tanpa merujuk kepada kumpulan tertentu. Sila perhatikan betul-betul ilutrasi di bawah
A – pemodal
B - pengurus
C – pemasar

Konsep 1
Katakan sebuah komputer bernilai RM500 dari kilang.
A – Pemodal menjual RM650 kepada pengurus dan untung RM150. Urusan pemodal bermula dari kilang hingga kepada pengurus sahaja.
B – Pengurus mengeluarkan modal yang lebih kecil untuk stor penyimpanan, mengurus stok, mengurus peniaga kecil. Dia menjual kepada pemasar RM 1000 dan beruntung RM350. Urusan pengurus hanya daripada pemodal hingga kepada pemasar sahaja.
C – Pemasar kemudian menjual barangan pada harga RM1800 dan beruntung RM800.
Nota: Dalam konsep ini semua orang mengeluarkan modal.

Konsep 2
Katakan Pemodal mengeluarkan semua modal RM20 juta. Sebuah komputer bernilai RM500 dari kilang.
A – Pemodal menggaji pengurus untuk kerja pengurusan stok dan mengurus peniaga kecil. Pemodal menyewa kedai dan menjemput peniaga datang berniaga tanpa modal. Pemodal menetapkan harga komputer kepada pemasar ialah RM1500. Ia bermaksud, segalanya disediakan oleh pemodal.
B – Pemasar datang bekerja tanpa gaji. Semua barangan dikedai adalah milik pemodal dan pendapatan mereka berdasarkan jualan. Jadi sekiranya dijual komputer pada harga RM1800, maka bagi setiap komputer, mereka beruntung RM300.
Nota Dalam konsep ini hanya pemodal yang mengeluarkan modal.

Bagaimana Ia Dibentuk Dan Membentuk?
Ada beberapa konsep lagi yang digunapakai untuk perniagaan yang serupa di atas melibatkan pemodal, pengurus dan pemasar. Secara amnya ia banyak merujuk kepada 'win win situation'. Pucuk pangkal disini semua orang memahami keadaan diri masing-masing untuk berada dan mmebuat perjanjian yang terbaik. Dua perkara asas yang dilihat disini bagi setiap mereka dalam membuat perjanjian;
1. Mempunyai wang
2. Mempunyai tenaga dan kemahiran
Sekiranya seseorang mempunyai wang dan tenaga, maka lebih keuntungan yang diperoleh. Sekiranya tiada wang sebagai modal tetapi mempunyai tenaga, maka keuntungan itu lebih sedikit. Orang cina mempunyai kefahaman yang jelas tentang perkara ini. Ia menjadi kayu pengukur yang jelas untuk tidak membuang masa dan memudahkan pembentukan kumpulan.
Konsep Guan Xi
Ini adalah idea yang paling utama dalam budaya cina dan dibawa kedalam perniagaan. Guan Xi secara bahasa bermaksud perhubungan. Didalam perniagaan ia merujuk kepada hubungan dan perhubungan.
Dalam konsep Guanxi, perlunya ada hubungan dan tidak boleh bergerak seorang diri. Ini adalah perkara yang realistik. Tidak akan mungkin seorang peniaga itu hidup atau memonopoli perniagaan seorang diri. Sekiranya mereka berbuat demikian, maka peniaga lain itu tidak lain dan tidak bukan telah menjadi musuh. Membentuk hubungan adalah satu perkara mulia dan praktikal dalam perniagaan. Ia tidak semestinya satu hubungan perniagaan tetapi membentuk hubungan yang baik contohnya seperti Gei Mian Zi atau memberi muka.
Perhubungan pula banyak merujuk kepada hubungan perniagaan. Sekiranya perlu dan boleh, maka perhubungan ini adalah lebih baik diwujudkan.
Oleh yang demikian, hubungan bermaksud hubungan sesama manusia, manakala perhubungan ialah hubungan perniagaan. Guanxi menjadi budaya orang cina yang bukan sahaja diamalkan dalam perniagaan tetapi jua dalam kehidupan. Cuma didalam perniagaan, ia menjadikan perniagaan orang cina seluruh dunia amat unik khususnya dalam pembentukan kumpulan perniagaan.
Kesimpulannya, bekerjasama dan memperkayakan usaha secara berkumpulan merupakan satu rahsia utama kejayaan orang cina sejak zaman-berzaman.

Biodata Kolumnis

Haniff Abdul Hamid adalah seorang pengamal OSH, penceramah motivasi bebas, usahawan dan penulis bebas. Beliau menghabiskan banyak masa dalam beberapa tahun yang sudah bekerja di dalam industri tenaga, minyak dan gas di Timur Tengah, Asia Barat dan Asean. Beliau mula menulis tentang politik, kerjaya, perniagaan, agama dan kehidupan secara kritis mengenai banyak isu sejak 2005. Kini menulis buku dan di laman web peribadi

Monday, March 21, 2011

Jika kita berasa lemah


ingat...
kita semua serupa...
ingat..
kita masih belum terlambat..
ingat...
kelemahan adalah perasaan sahaja..
ingat..
kematangan kita bukankah sama dengan rakan rakan yang lain?
ingat..
ramai orang yang kembang petang-cemerlang lewat
ingat..
orang yang cacat lagikan berjaya.
inikan kita pula yang sempurna...

jadi renungkan bersama....lemah sebenarnya mampu kita atasi..
cuma tepuk dada..tanya diri sendiri..
adakah kita hanya berdiri pada tampuk yang lama..?
atau..
kita ingin berhijrah dan terus bergerak dalam membangunkan diri dan ummah..

Sunday, March 20, 2011

nafsu infinity

 
 
        بسم الله الرحمن الرحيم

  Jujur,hamba bukan yang terlayak.Namun ini hanya perkongsian buat sahabat-sahabiah yang lebih hebat dari diri hina dina ini.Untuk bahu membahu memangkin keimanan yang kian membejat.Ha...Apa khabar iman? Apa khabar aqidah?Apa khabar rohani?Tepuk dada,tanya iman.[ NAFSU INFINITI ].Sengaja memilih tajuk ini.Fokusnye tertumpu kepada sifat nafsu itu yang tak henti-henti memaksa kita untuk menurutinya.Sedikit info asas berkaitan Nafsu,dari segi bahasa bermaksud diri sendiri manakala secare umum, ia merujuk kepada kehendak fitrah diri sendiri makan,hiburan dll.Ade pendapat mengatakan nafsu terbahagi kepada 7: 1.Nafsu amarah 2.Nafsu lawwamah 3.Nafsu marhamah. 4.Nafsu mutmainnah  5.Nafsu raudiah. 6.Nafsu kamaliah  7.Nafsu mardiah.WAlllahua'lam. sila rujuk.Sebelum langkah memanjang,sama-samalah kita fikir betul-betul dan hayati kata-kata ini,:-
"Dunia ini bukan utk tunaikan keinginan kita(nafsu),
dunia ini utk kita tunaikan keinginan Allah SWT,
keinginan manusia(nafsu) tidak akn habis sampai bile2,
krna satu2nye tmpat utk tunaikan keinginan kita adlh..

SYURGA.

ولكم فيها ما تدعون apa yg kamu doakan di syurga,
ولكم فيها ما تشتهي apa yg kamu cita2kan di syurga,semuanye dapat,
نزلا من غفور رحيم sbgai tetamuNya yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang."
Kata-kata ini baru je pos dalam FB setelah dengar ceramah dalam youtube

-: firman Allah SWT
زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين ..            
“Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta…”
      Sabda Nabi SAW,mafhumnye,dunia ini macam halwa(manisan) klu makan,eh nak lagi.
Dalam satu lagi hadith,mafhumnye..keinginan nafsu ini melampaui umur(hidup) manusia itu sndiri 


Lagi mafhum hadith:"Jika anak adam td mmpunyai 2 kebun emas luasnye lebih kurg 15km prsegi,nescaya dia akan cari kebun ketiga,dan yg akan hanya mengenyangkan perut manusia itu hanyalah tamak."
                                             .                                                                                             rujuk

Firman Allah ini jelas menggambarkan kitaran nafsu itu sendiri.Nafsu yang cintakan wanita,anak-anak dll..Secara realiti,nafsu sentiasa bermain-main dalam kehidupan kita dan tak akan pernah serik untuk memujuk rayu manusia si empunye nafsu untuk patuh dan tunduk pada nafsu.Ringkasnye,
"keinginan nafsu tiada penghujungnye!".Antaranya....


nafsu MAKAN
Semua orang ingin makan.Kerana ia asbab untuk hidup.Tapi kita bukan hidup untuk makan semata-mata..kita makan untuk hidup.Khusus untuk memapankan lagi aktiviti ibadah seharian.Jika seseorang itu makan semata-mata kerana keinginan nafsu,nescaya keinginannya sampai bila-bila pun tidak akan habis.Jika sudah merasa restoran 3 bintang,nafsu melonjak inginkan restoran 5 bintang.EVERLASTING!
Sia-sia sahaja jika hari ini kita mampu menikmati juadah mewah,
andai esok,berlapar di Jahannam.Na'u zubillah.
Berpada-padalah makan.
"makan ketika lapar & berhenti sebelum kenyang"-rujuk
Makanlah sekadar untuk beribadah padaNya.


nafsu SEKS

قال تعالى :ولا تقربوا الزنا إنه كان فاحشة وساء سبيلا‏
17. Al Israa' 
32. Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya
zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu
jalan yang buruk.
Pernah saya terbaca surat khabar berkenaan dengan seorang pengasas majalah 
porno
'playboy'.Walaupun sudah tua,pakcik brusia ini masih lagi giat 
mengadakan aktiviti yang tidak bermoral itu sekalipun sudah beratus-ratus
 kali melakukannya.Lihat,nafsu manusia melangkah jauh kadar umur yang 
ditetapkan Allah itu sendiri.JELAS! nafsu manusia tidak akan puas.Jika bayi
bayi yang telah menjadi mangsa dibuang masih boleh berkata-kata,
tanyalah pada mereka,betapa rakusnya nafsu ini.
Tiada noktah untuk 
kepuasan nafsu.
Sampai bila-bila.Ade bantahan? 





nafsu INGIN KAYA
Ini lagi satu kes.Gilakan harta.Cintakan harta.Katanya,"tanpa duit,siapalah kita",dan 
"segala-galanya dapat diselesaikan dengan duit".
FirmanNya:

قُلْ إِنْ كَانَ آَبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي 
سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ ( 24)
[24]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).


Tidak salah mencari duit untuk mencari secedok rezeki.Tapi biarlah kena caranya.Sekiranya,kita sudah menjadi seorang bangsawan yang kaya lagi jutawan.Manfaatkanlah ia demi untuk keinginan Allah SWT.Bukannye terus mengejar gila mencari nama dan pangkat di mata manusia.Biar kaya dunia dan akhirat.Tapi kalau kaya dunia,akhiratnya bankrup ....anda sendiri tahu jawapannya.Dengan adanya duit,tidak dinafikan,godaan nafsulah yang paling mencabar.Ye! itulah ujian kepada mereka-mereka yang kaya. 
AWAS ORANG KAYA!!! jangan jadi seperti Qarun.
نعوذ بلله من ذلك

nafsu HIBURAN
Ha....tengok gambar tuh.Mak cik tu tengah khusyuk layan psp.Lagi,dekat Malaysia sndiri,Akademi Fantasia,yang umur 60 an pun sanggup pergi interview..ape kes!?Ini realiti masyarakat kita.Dari muda ke tua,x lengang dari gelombang hiburan.Hedonisme.Islam tidak melarang berhibur.Dalam album raihan,ade satu lagu,
"berhiibur tiada salahnya,
kerna hiburan itu indaah,
hanya pabila,salah memilihnya
membuat kita jadi bersalah"
Yup!!ramai yang salah memilih.Jangan kita tersalah hiburan yang mampu manghiburkan diri di dunia sahaja,tapi kat akhirat nanti,lesap.Hiburkanlah diri dengan membaca ayat2 suci al-Quran dan seumpama dengannya,kerna ganjarannya kekal.Jangan dikejar hiburan tanpa sempadan,kerna umur anda di dunia ade sempadannya.

SO.......?
Sudah jelas kan?

JENIS KEINGINAN
KEINGINAN MANUSIA
KEINGINAN ALLAH SWT.
Makan
Nak makan banyak-banyak & sepuas-puasnye.Serta inginkan makanan yg lebih sedap & lebih mahal dri sblumye.

Makan sekadar prlu utk beribadah kpdNya.
Makan ketika lapar,berhenti utk sblum kenyang.
Digalakkan berpuase utk mnjaga nafsu & kesihatan.
KESAN: Normalnye,akan diserang penyakit sprti diabetes dll & tidak disenangi org.

KESAN:Normalnye,masalah kesihatan terpelihara I & disenang org awam.
Seks
Semakin dilayan,semakin x puas sehinggakan ramai yg snggup menggadaikan maruah di rumah2 pelacuran.

Allah menggalakkan manusia supaya berkahwin untuk meneruskan kelangsungn zuriat & mnjaga keturunan.
KESAN:masalah kesihatan & disisih masyarakat.
KESAN:masalah kesihatan insyaAllah terjaga & mudah disenangi awam.
Kekayaan
Makin kaya makin nak lagi kaya,nafsu amatlah pakar mengikis kewangan pada jalan yg salah

Allah SWT menyarankan kite supaya bersedekah & menginfakkan kekayaan pada jalan Allah
KESAN:Mudah terjebak dengan perangkap nafsu.AWAS!!
Susah untuk bersyukur.
KESAN:InsyaAllah,akan disukai orang awam,& semakin dilimpahi nikmat oleh Allah SWT.
Hiburan
Sentiasa lapar pada hiburan.
Akan cenderung pada hedonisme.

Allah SWT menggalakkan hiburan yang berpada-pada bukan melampau sprit brnasyid, berqasidah, tarannum,menulis khat d seumpamanya.

KESAN: Rosak akhlaq & rohani.

KESAN:Hati tenang dan diredhai Allah SWT

JANJI ALLAH




نَحْنُ أَوْلِيَاؤُكُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَشْتَهِي أَنفُسُكُمْ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَدَّعُونَ 

kami(Allah adalah pelindung kamu dalam kehidupan dunia dan akhirat,dan bagi kamu di dalamnya apa yang diinginkan oleh dirimu dan bagi kamu di dalamnya apa yang kamu minta.(fussilat;31)


Begitulah kenikmatan akhirat yang disebut oleh Nabi dari Allah ta'ala :
أعددت لعبادي الصالحين ما لا عين رأت ، ولا أذن سمعت ، ولا خَطَرَ على قلب بشر
Ertinya : Aku menyediakan bagi hambaku yang soleh (syurga) yang tiada mata yang telah pernah melihatnya (tidak mampu tergambar), dan tidak pernah didengari (kenikmatannya) oleh telinga dan tidak mampu terlintas (tahap kenikmatannya) oleh hati manusia. ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Manakala dalam catatan Imam Ahmad
إنه من يدخل الجنة ينعم ولا يبأس، لا تبلى ثيابه، ولا يفنى شبابه، في الجنة ما لا عين رأت، ولا أذن سمعت، ولا خطر على قلب بشر
Ertinya:  Sesungguhnya sesiapa yang memasuki Syurga Allah akan dikurniakan nikmat yang tidak akan jemu, tidak binasa pakaiannya, tidak hilang kepemudaan/pemudiannya, apa yang di dalam Syurga, sesuatu yang mata tidak mampu tergambarnya, dan tidak pernah didengari (kenikmatannya) oleh telinga dan tidak mampu terlintas (tahap kenikmatannya) oleh hati manusia. (Riwayat Ahmad)
Para ulama menghuraikan, perihal Nabi Adam yang pernah mendiami Syurga tidak sama sekali bertembung dengan hadis ini kerana syurga itu sentiasa berubah-ubah nikmatnya dan tidak akan sama sekali membosankan. Luasnya tidak tercapai oleh bayangan aqal manusia. Menurut hadis, individu yang menerima syurga paling terbawah pun besarnya adalah beberapa kali ganda dunia hari ini, apatah lagi yang lainnya. Justeru itu, apa yang dilihat oleh nabi Adam, dengan mudah sekali bagi Allah mengubahkan kepada apa yang dikehendakiNya.
dikatakan syurga itu luasnya seluas langit dan bumi sebagaimana difirmankan Allah dalam surah Ali Imran ayat 

133: 


Mereka berehat didalam syurga dengan berteleku di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang bersangatan sejuknya. (Al-Insan: 13) 
Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah bersabda: "Bahawa dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi." (Hadis riwayat Al-Bazzar). 
Dalam sebuah hadis lain diceritakan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Tanah syurga itu licin putih, kasturi murni." (Hadis riwayat Muslim). 
firmanNya dalam Surah Muhammad ayat 15 

yang bermaksud: 


Sifat syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa (ialah seperti berikut): Ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak  berubah(rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredhaan yang tinggal kekal di dalam syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dan air yang menggeledak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (sudah tentu tidak sama!).
Sewaktu Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w. pernah melihat sungai yang dinamakan Al-Kausar. Sungai ini dilingkari oleh bukit-bukit yang terdiri dari permata-permata dan tanahnya dari wewangian yang paling wangi. Tepian sungai ini terdiri dari emas sedangkan anak-anak batunya dari mutiara. 



Barangsiapa meminum air dari Al-Kausar ini walau hanya satu kali sahaja, dia tidak merasa haus untuk selama-lamanya 

Beberapa dalil di atas adalah motivasi untuk kita laksanakan keinginan Allah.

~Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat, dia akan merasa dunia ini sangat kecil.



KESIMPULANNYE.....

Tidak dinafikan,ade susah dan payahnye yang tersendiri bila hendak menunaikan kehendak Allah SWT.Itu adalah lumrah & fitrah.Yang pasti,setiap permulaan yang susah,buahnya adalah pengakhiran yang senang.Walau terpaksa menggadaikan keinginan kita (nafsu) yang tidak pernah habis di dunia ini, dengan pengimplimentasian keinginan Allah SWT,mudah-mudahahan bidadari syurga,sungai susu yang mengalir di syurga serta juadah yang serba lazat menanti kita di sana.Di sanalah selayaknya tempat keinginan manusia yang abadi.



HIDuP di DuNIe NI ..SeMeNTAre Je...
x GuNe JikA nak FoKus Pada KehendAK kIte JE..
SeBAb KEinginAN kite,INFINITI..
Tiada NOktAH!
sBB tu La die PErlukaN Tempat YG JUge TiadA nOKtah,
SyurGA..
InGAtLAh,LazatNye DUniA hanya SAmpai ESOk je!
Kalau DitaQdirKAn ESok ANDA puLang KE rAhmaTuLLAH,
wal'ia zubillah..
SeBAB tu la,DI DUnia INI,
TemPat UNtuk kite Buat KEinginan Allah,
Sebab ALLAH itu Maha Mengetahui,
yang terBaik untuk Keinginan KITE,
JANJI ALLAH SENTIASA BENAR,