Tuesday, May 24, 2011

Ikhtilat

 Sumber : http://www.facebook.com/home.php?sk=group_171158026229106&id=224207030924205

Pertemuan ataupun perjumpaan di antara lelaki dan perempuan tidaklah
diharamkan secara mutlak, bahkan harus mahupun dituntut jika tujuannya
adalah mulia, memberi manfaat dan menambah amal soleh(seperti menuntu
...ilmu), membawa kebaikan, dan perkara-perkara yang mana berhajatkan
bantuan dan pertolongan dari kedua belah pihak (lelaki dan perempuan)
berlandaskan batas-batas, tujuan yang betul dan penguatkuasaan yang
berkesan.

Walaupun dibolehkan, kita sama sekali tidak mengabaikan batas-batas dan syariat yang telah ditetapkan oleh Islam :

1. Hendaklah menjaga pandangan oleh kedua-duanya (lelaki dan perempuan
jangan gatal menjeling-jeling), tidak memandang kepada aurat, tidak
juga memandang dengan syahwat, dan tidak memanjangkan pandangan jika
tidak berhajat. Allah SWT berfirman :

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka
menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu
adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa
yang mereka perbuat".(30)

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya,(31)

Surah An Nuur : 30-31

2. Seorang perempuan hendaklah sentiasa mengenakan pakaian yang
disyariatkan dan sopan, menutupi seluruh badannya selain dua tangan dan
wajah, tidak jarang (tipis) dan tidak menampak bentuk tubuh, Allah SWT
berfirman :

dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang nampak dari
padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, ,(31)

Surah An Nuur : 31

Dikuatkan lagi daripada para sahabat yang dimaksudkan dengan “perhiasan” ialah dua tangan dan wajah.

Allah SWT menjelaskan mengenai pakaian yang sopan, firmanNya :

Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. (59)

Al Ahzab: 59

Perempuan muslimah yang sopan berbeza pakaian mereka dari perempuan
yang semberono perangainya, dia juga tidak berakhlak buruk, dengan itu
setiap yang memandang pakaian dan akhlaknya, pasti akan menghormati dan
menyeganinya.

3. Sentiasa berakhlak muslimah pada setiap perkara, terutama ketika bermuamalat dengan lelaki :

i. Percakapan , hendaklah menjauhi dari suara yang boleh merangsang dan membangkitkan perasaan, Allah SWT berfirman :

Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah
orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang
baik,(32)

Al Ahzab : 32

ii. Berjalan, Allah SWT berfirman :

Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan (31)

An Nuur : 31

Allah SWT menyifatkan sopan santun seorang perempuan dengan firmanNya :

Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan kemalu-maluan (25)

Surah Al Qashah :25
iii. Pergerakan, tidak berlenggok, seperti yang disifatkan dalam hadith
sebagai (berlenggok itu adalah perempuan) dan tidak berhias (tabarruj)
seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita jahiliyyah dahulu mahupun
sekarang.

4. Menjauhi bau-bauan ataupun wangi-wangian yang boleh membuatkan
lelaki tertarik dengannya, dan menjauhi juga warna-warna terang dan
terlampau menarik yang mana sepatutnya hanya dipakai dirumah bukannya
ketika perjumpaan dengan lelaki.

5. Jangan sesekali membiarkan hanya seorang lelaki dan seorang
perempuan berjumpa tanpa mahram disisi mereka, ianya ditegah dengan
sebuah hadith sahih mengenainya, (Sesungguhnya yang ketiga daripada
keduanya ialah syaitan), tidak patut membiarkan api dan kayu bersama
(makin ‘terbakar’ la kalau dibiarkan berdua). Yang patut diambil berat
juga ialah kaum keluarga terdekat, seperti ayah mertua, ipar dan
sesiapa pun yang bukan mahramnya daripada berduaan.

6. Hendaklah sepanjang perjumpaan itu hanya dalam lingkungan hajat
(cth: mesyuarat) dan perkara-perkara yang diperlukan, tidak perlu
hendak memanjangkan dengan perkara luar dari hajat itu tadi dengan
berbual-bual kosong, bergosip-gosipan, ataupun perkara-perkara yang
boleh mengabaikan kerja sebenar yang amat suci seorang perempuan, iaitu
tanggungjawabnya di rumah dan pertarbiyahan bangsa(anak-anak).

Penuhilah syarat-syarat ini, bukan untuk menyusahkan kita, bahkan demi
kebaikan bersama, kerana Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk hambaNya
yang taat. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang
baik untuk lelaki yang baik, dengan keyakinan ini, marilah disaat ini
kita mula menjadi seorang yang terbaik disisiNya insyAllah.

Wallahu Ta’ala A’lam
memahamilah dgn mata hati jangan sampai menjadi fitnah kpd islam..:)
Rujukan :

Fatawa Al Mar atul Muslimah oleh Dr Yusuf Al Qardhawi

1 comment:

  1. betul tu so klu jd perempuan(anak dara) yg garang sket xpela kan..manja2 ngan suami je :)

    *mahsuri

    ReplyDelete