Sidang jumaat yang dirahmati Allah,
Marilah sama-sama kita mempertingkatkan ketakwaan kehadrat Allah s.w.t dengan segala perintahnya dan menjauhkan diri daripada segala larangannya,mudah-mudahan kita tergolong didalam golongan orang yang mendapat keredhaan allah didunia dan diakhirat.
Sidang jumaat yang berbahagia,
Renungkanlah,pelbagai kemungkaran berlaku dalam masyarakat kita seperti perbuatan zina,berkhalwat,sumbang mahram,jenayah rogol dan sebagainya,yang melibatkan orang yang beragama islam,seolah-olah mereka tidak mengenal batas-batas pahala dan dosa,halal dan haram.
Kemungkaran ini akan terus menular selagi mana ia tidak dicegah dan dirawat. Persoalannya,siapakah yang patut mencegah kemungkaran dan bagaimana pula caranya?. Untuk menjawabnya ,marilah kita fahami dan hayati firman allah s.w.t:
“Kamu (wahai umat muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah manusia,(kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik,dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada allah (dengan sebenar-benar iman)”.
(Ali-Imran ayat 110)
Allah s.w.t menjelaskan bahawa tugas menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran adalah tugas kita bersama bermula daripada diri sendiri,keluarga,masyarakat,negara hinggalah kealam sejagat. Seorang suami bertanggungjawab mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh isteri dan anak-anaknya.Begitu jugalah guru terhadap muridnya dan pemimpin terhadap pengikutnya. Firman Allah s.w.t:
“Wahai orang yang beriman!,peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka…”
(At-Tahrim ayat 6)
Sabda rasulullah s.a.w daripada abdullah bin umar r.a:
“Kamu semua adalah pemimpin dan kamu akan dipersoalkan setiap apa yang kamu pimpin.Seorang imam (pemimpin negara) adalah pemimpin dan akan ditanya (dipersoalkan) apa yang telah dipimpinnya….”
Sidang jumaat yang dirahmati Allah,
Islam telah menggariskan beberapa kaedah untuk mencegah kemungkaran agar dapat dilakukan secara berhikmah dan bijaksana.Sabda rasulullah s.a.w:
“Sesiapa diantara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran,maka hendaklah dia mengubah dengan tangan (kekuasaan),jikalau tidak berkuasa juga hendaklah dicegah dengan hatinya (membenci kemungkaran itu), dan ini adalah selemah-lemah iman”.
Berdasarkan hadis tersebut, terdapat tiga peringkat untuk mencegah kemungkaran:
Pertama : Menggunakan tangan (kuasa)
Seseorang itu hendaklah mencegahnya dengan kuasa atau kemampuan yang ada padanya.Ini adalah menjadi amanah serta tanggungjawab pemerintah atau penguatkuasa yang jelas mempunyai bidang kuasa dari segi perundangan.
Kedua : Menggunakan lidah
Bagi mereka yang tidak berkemampuan mencegah dengan kuasa,maka hendaklah mencegahnya dengan lisan secara berhikmah.Kerosakan sosial yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini adalah kerana kita merasa takut untuk menegur perbuatan mungkar,yang berlaku di hadapan mata dengan alasan “tidak mahu jaga tepi kain orang”.
Ketiga : Menggunakan hati
Sekiranya kita tidak mampu mencegah kemungkaran dengan tangan dan lisan ,maka hendaklah mencegah dengan hati iaitu membenci perbuatan tersebut,sentiasa berdoa dan berharap si pelaku diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t untuk kembali kepangkal jalan. Menggunakan cara ini digambarkan sebagai selemah-lemah iman .
Berdasarkan kepada ketiga-tiga kaedah tersebut,adakah kita telah melaksanakan perintah itu?.Justeru ,kita patut berusaha kearah membenteras perbuatan mungkar,disamping menilai kembali berapa banyakkah kita mengabaikan tugas nahi munkar.
Ingatlah, jika kita langsung tidak ambil peduli dan membiarkan maksiat terus bermaharajalela,maka bersedialah untuk mendapat bala bencana.
Kita perlu ingat dan sedar bahawa,apabila bala bencana menimpa kita ia tidak mengenal siapa mangsanya,siapa sahaja yang ada akan menerima padahnya.Apakah kita sanggup menghadapi bala menimpa negeri ini?.”Tepuk dada tanyalah iman”. Sejarah lampau telah memperlihatkan kepada kita bagaimana akhirnya golongan manusia yang mengabaikan perintah menyuruh kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran.Ibnu Abas r.a bertanya kepada rasulullah s.a.w bermaksud:
“Adakah binasa sesebuah kampung itu walaupun didalamnya terdapat orang-orang soleh?.”Rasulullah s.a.w mengatakan bahawa,disebabkan mereka memandang mudah dan berdiam diri tanpa melarang perbuatan menderhakai Allah,maka Allah perintahkan malaikat supaya menterbalikkan kota itu ke atas penduduknya.
Hadirin yang dimuliakan,
Apabila kita diberi tanggungjawab atau pun mengambil inisiatif untuk mencegah kemungkaran,maka perkara-perkara berikut perlu diberikan perhatian,antaranya:
1-Niat/tujuan adalah kerana Allah iaitu mencegah kemungkaran dan mengajak si pelaku ke jalan yang diredhai Allah.
2- Bukan bertujuan untuk mencari-cari kesalahan dan mengaibkan orang lain.
3- Bahawa mungkar itu terdiri dari perkara-perkara yang telah disepakati ulamak dalam menentukan kemungkarannya.
Kesimpulannya, tanggungjawab mencegah kemungkaran ini perlu dibuat oleh sesiapa sahaja yang berdepan dengan perbuatan mungkar dan perlu mencegahnya dengan kaedah-kaedah yang dinyatakan tadi. Mimbar jumaat ingin menegaskan bahawa kita semua yang hadir pada hari ini perlu mengambil tanggungjawab bersama untuk membenteras kemungkaran,anggaplah ia sebagai tugas utama yang merupakan ancaman kepada agama dan negara agar negeri dan negara kita mendapat rahmat dan keampunan daripada Allah s.w.t.
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan,setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain,mereka menyuruh berbuat kebaikan ,dan melarang daripada berbuat kejahatan,dan mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat,serta taat kepada Allah dan rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah,sesungguhnya Allah maha perkasa,lagi maha bijaksana”.
(At-Taubat ayat 71)
Ya-Allah, engkaulah tuhan yang maha berkuasa,kami bersyukur kehadratmu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat,sehingga kami dapat meneruskan usaha kearah memperkukuhkan negara umat islam khususnya negeri selangor,sebagai negeri yang maju dan sejahtera.Justeru kami pohon kehadratmu ya-Allah, tetapkanlah iman kami,tingkatkanlah amal kami,kukuhkanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat,suburkanlah jiwa kami dengan budipekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang engkau redhai,lindungilah kami daripada ujianmu yang berat seperti banjir besar,kemarau panjang,wabak penyakit,persengketaan,kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian,negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.
sumber : Khutbah jumaat JAIS

No comments:
Post a Comment